PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM BIOKERJAYA @ MY FUTURE AGRO DI BAWAH PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

Latar belakang

Krisis global COVID-19 telah memberi impak yang cukup besar terhadap pelbagai organisasi dan individu. Bagi menangani masalah ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini dan membantu syarikat-syarikat tempatan untuk bangkit semula semasa pasca COVID-19.

Melalui PENJANA, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) telah memperkenalkan inisiatif My Future Agro. Bioeconomy Corporation sebagai salah satu agensi di bawah MAFI, telah terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini melalui Program Biokerjaya @ My Future Agro.

Soalan Lazim (FAQ) - Program Biokerjaya @ My Future Agro

Biokerjaya @ My Future Agro merupakan program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di mana calon kerja dijadikan perantis dan diberikan latihan kerja (on-the-job training) dengan syarikat-syarikat dalam industri berasaskan bio, bioteknologi, pertanian dan agromakanan. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi penganggur, graduan, individu lepasan sekolah dan golongan yang diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19.

Program ini juga bertujuan untuk memenuhi permintaan pekerjaan bagi syarikat-syarikat berasaskan bio, bioteknologi, pertanian dan agromakanan agar mereka dapat bangkit semula semasa pasca COVID-19.

Insentif di bawah program ini termasuklah:

i. Program Latihan yang Ditaja Para perantis dapat menjalani program-program latihan yang ditaja penuh oleh kerajaan bagi meningkatkan kemahiran kerja mereka.

Program latihan ini berdasarkan keperluan majikan/industri dan merangkumi subjek pengurusan, keusahawanan, topik industri, latihan teknikal dan sebagainya.

ii. Gaji Subsidi

Majikan akan menerima gaji subsidi selama enam bulan untuk diberikan kepada perantis berdasarkan kumpulan berikut:

• RM800 sebulan bagi setiap perantis berumur 40 tahun ke bawah; dan

• RM1000 sebulan bagi setiap perantis berumur lebih daripada 40 tahun atau perantis OKU.

iii. Bantuan Mobiliti

• Bayaran sekali sebanyak RM600 bagi setiap perantis yang dikehendaki berpindah ke lokasi majikan (jika jarak pemindahan adalah 100km atau lebih).

• Bayaran sekali sebanyak RM1,000 bagi perantis yang perlu berpindah ke lokasi majikan dari Sabah / Sarawak ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya.

Kategori: Syarikat 

  • Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 10 Ogos 2020; dan
  • Bidang perniagaan atau urusan syarikat hendaklah berkaitan dengan bidang bioteknologi, industri berasaskan bio, pertanian dan agromakanan.

Kategori: Individu (Perantis) 

  • Terbuka kepada semua lepasan sekolah, graduan, penganggur dan golongan yang diberhentikan kerja.
  • Berumur di antara 18 sehingga 55 tahun.
  • Berminat untuk menceburi bidang bioteknologi, industri berasaskan bio, pertanian dan agromakanan.
  • Tidak mengira kelayakan akademik.

Kategori: Syarikat

• Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar

  • (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai syarikat langsung.
    Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai syarikat).
  • Syarikat yang menjalankan latihan, menawarkan bidang latihan dan syarika yang merupakan pusat latihan.
  • Syarikat yang mengambil perantis/pekerja baru yang merupakan bekas pekerja mereka.
  • Syarikat yang mengambil perantis yang merupakan ahli keluarga dan saudara-mara.

Kategori: Individu (Perantis)

• Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai syarikat).

• Individu yang sedang bekerja atau sedang/pernah mengikuti program yang serupa di bawah inisiatif PENJANA tidak layak untuk memohon program Biokerjaya @ My Future Agro.

PROGRAM PENGAMBILAN PERANTIS

1. Apakah syarat kelayakan Program Insentif Pengambilan Perantis di bawah program ini?

Butiran BioKerjaya @ My Future Agro
40 tahun dan bawah > 40 tahun  OKU
Insentif Penggajian
  • RM 800
  • Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan
  • RM 1000
  • Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan
  • RM 1000
  • Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan

Syarat Kelayakan

• Individu-individu berikut layak untuk memohon dan menjadi perantis di bawah program Biokerjaya @ My Future Agro:

  • Pencari kerja tempatan yang berumur 40 tahun dan kebawah.
  • Golongan lepasan sekolah atau graduan.
  • Pencari kerja tempatan yang berumur lebih dari 40 tahun.
  • Pencari kerja tempatan di kalangan golongan kurang upaya (OKU).
Syarat Tambahan
  • Syarikat hendaklah mendaftar di portal www.biokerjaya.my bermula 10 Ogos 2020.
  • • Perantis yang dipilih oleh majikan mestilah menjalani latihan kerja sekurang-kurangnya 1 hingga 6 bulan.
    • Syarikat tidak boleh menggantikan (substitute) perantis sedia ada dengan perantis yang baru sepanjang tempoh program Biokerjaya @ My Future Agro.
    • Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan kepada perantis setelah tamat tempoh program ini.
    • Umur bagi perantis tempatan dihadkan sehingga 55 tahun.
Tarikh Kuatkuasa Perantis yang dipilih oleh majikan untuk menjalani program ini pada atau selepas 1 Julai 2020 layak untuk menerima semua insentif di atas (setelah diluluskan).
Tarikh Tutup Permohonan  Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 31 Disember 2021.

2. Bagaimana cara membuat permohonan insentif di bawah Biokerjaya @ My Future Agro?

Syarikat perlu berdaftar di portal Biokerjaya untuk memperolehi insentif yang di tawarkan; 

  • Mulai 10 Ogos 2020, syarikat boleh mendaftarkan profil syarikat di Portal.
  • Mulai 12 Ogos 2020, syarikat boleh memohon insentif yang ditawarkan oleh program ini.  
  • Individu perlu berdaftar sebagai perantis di portal untuk menyertai program ini.

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi memohon program ini?

Pengesahan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kategori: Syarikat

• Maklumat tugasan latihan kerja perlu diberikan kepada perantis sepanjang tempoh latihan kerja;

• Maklumat akaun bank syarikat (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama syarikat, nombor akaun syarikat dan nama bank)

• Maklumat nombor pendaftaran perniagaan syarikat (Business Registration Number- BRN).

Kategori: Individu (Perantis)

• Sertakan resume / curriculum vitae

4. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?

  • BRN adalah nombor pendaftaran perniagaan yang didaftarkan oleh syarikat ketika syarikat membuka akaun bank semasa.
  • Syarikat hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah betul dan tepat.
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun syarikat secara Electronic Fund Transfer (EFT).

5. Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah Biokerjaya @ My Future Agro dilaksanakan?

  • Bayaran insentif di bawah program ini adalah secara bulanan kepada syarikat iaitu pada 29hb dan selepas laporan prestasi di serahkan kepada Bioeconomy Corporation (tarikh serahan mestilah sebelum 22hb setiap bulan);
  • Bantuan Mobiliti yang dibayar secara skali bayar (one-off) kepada perantis dalam tempoh 14 hari iaitu dari tarikh syarikat menerima bayaran bantuan tersebut.

6. Adakah syarikat akan menerima insentif sekiranya perantis tersebut tidak hadir atau berhenti latihan kerja?

  • Bayaram insentif di bawah Biokerjaya@My Future Agro TIDAK AKAN DIBAYAR kepada syarikat sekiranya perantis tersebut tidak hadir atau berhenti latihan kerja.

7. Adakah syarikat perlu membuat permohonan setiap bulan?

  • Tidak perlu. Syarikat hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekali sahaja disamping memaklumkan bilangan perantis yang diambil untuk menjalani program ini. Walaubagaimanapun, laporan prestasi bulanan mesti diserahkan sebelum 22hb setiap bulan.
  • Sekiranya perantis tersebut diberhentikan/meletak jawatan, syarikat diwajibkan mengemaskini maklumat perantis dan memaklumkan pihak Bioeconomy Corporation sekurang-kurangnya 3 hari dari tarikh tersebut.

8. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh perantis terhadap syarikat yang menerima insentif di bawah program ini sekiranya perantis tidak menerima gaji bulanan atau gaji mereka dipotong oleh majikan?

  • Perantis boleh membuat aduan rasmi kepada Bioeconomy Corporation.

Bantuan Mobiliti

  • Apakah syarat bagi Bantuan Mobiliti?
  1. Bayaran sekali sebanyak RM600 akan diberikan kepada perantis yang dikehendaki berpindah dari tempat bermastautin ke lokasi majiikan (jarak pemindahan mestilah 100km atau lebih).
  2. Bayaran sekali sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada perantis yang perlu berpindah ke lokasi majikan dari Sabah / Sarawak ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya.
  3. Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui syarikat secara sekali bayar (one-off); dan
  4. Perantis hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Kategori: Syarikat

  • Fadzrin – 03 2116 5595 (fadzrin.abdaziz@bioeconomycorporation.my)
  • Christabel – 03 2116 5586 (christabel.jiram@bioeconomycorporation.my)
  • Jenny – 03 2116 6428 (jenny.raja@bioeconomycorporation.my)

Kategori: Perantis

  • Shakina – 03 2116 5504 (shakina.kushairi@bioeconomycorporation.my)
  • Linda – 03 2116 5484 (nurazlinda.salahudin@bioeconomycorporation.my)