You are currently viewing Perantis Pemasaran

Perantis Pemasaran

  • Selangor
  • Applications have closed

Dels Resources

 

1. Tanggungjawab keseluruhan adalah bagi mewujudkan dan menyelaraskan semua rancangan, kempen, fungsi dan strategi jualan samada melalui whatsapp, telegram, media sosial dan panggilan.

2. Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi produk syarikat, termasuk harga, dasar agen / pengedar dan aktiviti pengiklanan.

3. Membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan dan mencapai peluang yang disasarkan.

4. Menjalankan aktiviti untuk penyelidikan pasaran dan analisis termasuk segmen pasaran, corak pembelian dan analisis pesaing.

5. Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan baru, pelanggan sedia ada, dan rakan strategik perniagaan samada agen, pengedar dan lain lain.

6. Bertanggungjawab untuk mencari pelanggan baru serta mampu bekerjasama dengan pelanggan untuk mencari apa yang mereka mahu, mewujudkan penyelesaian dan memastikan proses jualan yang lancar.

 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Pembantu Pengurus Jualan dan Pemasaran

– Tahap pendidikan: Minimum SPM/Diploma / Ijazah / setaraf dalam perniagaan / bidang yang berkaitan

– Pengalaman: Satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam industri berkaitan.

– Kemahiran: Berpengetahuan / berpengalaman dalam bi

dang berkaitan.

Pakej yang menarik akan ditawarkan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman; bersama-sama dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya bagi calon-calon dengan sifat-sifat peribadi yang bagus dan rekod kerjaya yang cemerlang.

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan jangkaan gaji dan tarikh boleh mula berkhidmat, bersama-sama dengan gambar berukuran passport ke email: delsdimsum@gmail.com.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.