You are currently viewing Agropreneur Apprentice

Agropreneur Apprentice

  • Selangor
  • Applications have closed

Website Exotic Biotech Sdn Bhd

Syarikat akan memberikan latihan selama 6 bulan dan mengagihkan skop kerja secara berperingkat kepada pekerja-pekerja mengikut keupayaan masing-masing. Skop pekerjaan dan latihan yang akan diberikan kepada pekerja adalah seperti yang berikut:
a. Latihan dan kerja di makmal tisu kultur
b. Latihan dan kerja di nurseri semaian anak pokok
c. Kerja di kebun betik dan pisang dengan skop kerja :
i. Tanaman anak pokok
ii. Penjagaan anak pokok seperti penyiraman, memberi baja serta kawalan penyakit dan serangga
iii. Pemilihan dan pemetikan buah-buahan
iv. Grading dan pembungkusan buah-buahan di kilang pembungkusan

Syarikat akan menawarkan program “Contract Farming” kepada peserta-peserta selepas program On Job Training. Dalam projek ini, syarikat akan menyewa lot-lot di dalam kawasan kebun kepada mereka yang masih berminat untuk bekerja di kebun di mana peserta sendiri merupakan usahawan tetapi tidak lagi bekerja di bawah Syarikat. Syarikat berjanji akan membeli balik semua hasil buah-buahan daripada peserta. Tujuan projek ini adalah untuk memupuk lebih ramai young entrepreneurs dalam sektor tanaman buah-buahan selain juga untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup orang kampung.